Sunday, 17 July 2011

Tips mengelak penggodam ‘hackers’


“Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.”
Itulah yang diingatkan kepada semua pembaca HM hari ini. Selain kes Penggodam (Hacker) ‘Anonymous’ yang mengancam Serang Laman WebKerajaan ni, kita sebagai pengguna juga tidak lari dari diancam oleh hackers ni.
Apa yang diorang (hackers) boleh buat dengan aku yang hidup sebagai rakyat biasa ni?
Melalui sumber, hackers ni mampu menggodam seseorang melalui nombor telefon atau nombor akaun bank mangsa. Nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.
Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.
Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.
Mudah bukan? mudah bagi mereka yang mengetahui. =)
Statistik jenayah siber bagi tahun 2007-2011 menunjukkan memang jenayah siber ini memberikan kerugian yang besar nilainya. Sama-sama la kita menjaga diri masing-masing supaya kes ini dapat dibendung =).
Harian Metro ada mendedahkan taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’. Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah. Dua sahabat ini hanya mahu dikenali sebagai Zul dan Madi.

No comments:

Post a Comment