Sunday, 17 July 2011

Biodata Pengasas Windows


Bill Gates dilahir di Seattle, Washington kepada William Henry Gates, Jr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, ahli jawatan kuasa First Interstate BankPacific Northwest Bell dan ahli jawatan kuasa kebangsaan United Way. Gates belajar di Lakeside School, sekolah yang paling unggul di Seattle, dan meneruskan pelajarannya di Universiti Harvard, tetapi tidak menghabiskan pelajaran tingginya.
Semasa beliau belajar di Harvard, beliau dan Paul Allen menulis penterjemah Altair BASIC untuk Altair 8800 dalam dekad 1970Altair merupakankomputer peribadi pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh BASIC, sebuah bahasa komputer yang mudah dipelajari dan ditulis di Kolej Dartmouthuntuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi Microsoft BASICbahasa pengaturcaraan yang utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang kunci kepada kejayaan Microsoft. Microsoft Basic kemudiannya dijadikan Microsoft QuickBasic. Apabila Microsoft QuickBasic dijual tanpapengkompil QuickBasic dikenali sebagai QBasic. QuickBasic juga dijadikan Visual Basic, yang masih popular hingga ke masa kini.
Pada awal dekad 1970-an, Gates menulis Surat Terbuka kepada Penghobi, yang memeranjatkan komuniti penghobi komputer dengan menyatakan bahawa pasaran komersial wujud untuk perisian dan perisian tersebut tidak patut ditiru tanpa izin penerbitnya. Pada masa itu, komuniti tersebut dipengaruhi kuat oleh asas radio hamnya dan etika Hacker, yang menegaskan bahawa innovasi dan pengetahuan patut dikongsi oleh komuniti pengguna komputer. Gates kemudian mengasaskan Microsoft Corporation, satu daripada syarikat paling berjaya di dunia, dan memimpin arah kepada pembukaan industri perisian komputer.
Gates juga mendapat reputasi yang buruk mengenai caranya berniaga. Satu contoh ialah MS-DOS. Pada penghujung dekad 1970-an, IBM merancang untuk memasuki pasaran komputer peribadi dengan komputer peribadi IBM, yang dihasilkan pada 1981. IBM memerlukan sistem operasi untuk komputernya, yang direka mengelilingi, arkitektur 16-bit oleh keluarga pemproses x86 Intel. Selepas berunding dengan sebuah syarikat lain (Syarikat Digital Research di California), IBM bertanya Microsoft. Tanpa memberitahu mengenai ikatan mereka dengan IBM, eksekutif-eksekutif Microsoft membeli sebuah sistem operasi x86 daripada syarikat Seattle Computer dengan harga $50,000. (Ada kemungkinan Microsoft tidak dibenarkan oleh IBM untuk memberitahu ikatannya kepada orang awam) Microsoft kemudian melesenkan sistem operasi ini ke IBM (yang menerbitnya dengan namaPC-DOS) dan bekerja dengan syarikat komputer untuk menerbitkannya dengan nama MS-DOS, dengan setiap sistem komputer yang dijual.
Rancangan Microsoft amat berjaya tetapi dicabar oleh Seattle Computer kerana Microsoft tidak mendedahkan ikatannya dengan IBM untuk membeli sistem operasi itu dengan murah; oleh itu, Microsoft membayar wang kepada Seattle Computer, tetapi tidak mengakui apa-apa kesalahan. Reputasi Gates kemudian diburukkan lagi oleh siri dakwaan monopoli yang dibawa oleh Jabatan Keadilan A.S. dan syarikat-syarikat individu menentang Microsoft dalam akhir dekad 1990.
Dalam dekad 1980 Gates menjadi gembira mengenai kemungkinan kegunaan cakera padat untuk penyimpanan maklumat, dan menaja penerbitan buku CD-ROM: The New Papyrus yang mempromosikan cakera padat.
Tidak boleh dinafikan bahawa Gates merupakan seorang yang zalim dalam industri perisian. Telah terbukti dalam mahkamah, dan disahkan secara sebulat suara, apabila diseru Microsoft, oleh mahkamah menyokong peniaga bahawa Microsoft, di bawah pemimpinan Gates, berkali-kali menceburi dalam tindakan-tindakan yang haram mengikuti undang-undang Amerika Syarikat.
Pada 2000, Gates memberikan promosi kepada kawan lama dan eksekutif Microsoft Steve Ballmer kepada peranan Ketua Pegawai Eksekutif dan menjadikan dirinya "Ketua Arkitek Perisian".
Dalam kehidupan peribadinya, Gates mengahwini Melinda French pada 1 Januari, 1994. Mereka mempunyai tiga anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).
Dengan isterinya, Gates telah mengasaskan sebuah Yayasan, Bill & Melinda Gates Foundation. Pengkritik-pengkritik menegaskan bahawa ini adalah tindak balas kepada kemarahan orang ramai terhadap tindakan monopoli dan anti-bertanding syarikatnya, tetapi mereka yang rapat dengan Gates berkata bahawa beliau telah lama merancang untuk mendermakan banyak daripada hartanya. Pada 1997, akhbar Washington Post menyatakan bahawa "Gates telah berkata dia memutuskan untuk menderma 90 peratus daripada hartanya semasa dia masih hidup."
Untuk meletakkan ini dalam perspektif yang betul, pendermaan ini, walau apa sebabnya, telah membekal wang yang amat diperlukan untuk biasiswakolej minoriti, menentang AIDS dan sebab-sebab lain, kebanyakannya isu-isu yang biasa tidak dipeduli oleh komuniti penderma, seperti penyakit-penyakit yang biasa dilihat di dunia ketiga. Pada Jun 1999, Gates dan isterinya menderma US $5 juta kepada organisasi mereka, pendermaan yang paling besar dalam dunia oleh individu-individu yang hidup.
Pada 1994, beliau membeli Codex Leicester, sebuah koleksi tulisan Leonardo da Vinci; pada 2003 koleksi ini dipamerkan di Muzium Seni Seattle.
Pada Mac 2005, diisytiharkan bahawa Gates akan menerima anugerah kesatriaan daripada Ratu Elizabeth II pada tarikh yang "saling dipersetujui".

No comments:

Post a Comment